Monday 23 October 2017

pasta punya cerita

Pasta punya cerita



Ini CARA SAYA la ye, dalam mempelbagaikan hidangan pasta untuk anak dan keluarga.

since my boy 2y5m sudah start eating our food, dan pasta dah jadi one of our main meal selain roti dan nasi.. kena la bagi rupa dia berjenis-jenis supaya tak bosan.

ok begini.
secara basic nya, i will use:
-garlic. banyak mana bergantung pada tekak masing2. 3-4-5 ulas itu normal. Kalau ada budak selsema, saya sengaja lebihkan. Kan bawang putih tu natural antibiotik?

-olive oil. Minyak zaitun gunakan untuk pasta ya.

-pasta pilihan. Ini nak citer ada banyak jenis, ada macam macam nama, bergantung rupa, saiz, ketebalan. Macaroni, farfalle, penne, linguine dan banyakkk lagi. Berpuluh-puluh kalau nak ditulis ni. yang popular kat umah ni spaghetti lah

-sayur-sayur wajib ada. paling biasa kubis. or broccoli. Tapi biasa juga letak bayam (baby spinach), carrot , capsicum dan sebagainya.
-binatang-binatang kegemaran. sama ada daging atau seafood. ikut suka la ye. Semua ikut suka. Tapi saya suka mixed seafoods daripada meat sebab depa ni cepat masak. Maklumlah rakyat lapar balik keje balik sekolah, semua nak yang pantas aje.

-garnish either telur or just sprinkle of herbs.

Ok basic step:

1. panaskan olive oil.

2. tumis garlic .. sampai dia garing.wangii. Dia punya desiran dah jadi slow, dan bertukar warna jadi sedikit perang. Bukan hangit tau. Bau sedap, bukan tengik!

3. if ada binatang2, masukkan. contoh2 binatang yg pernah saya guna:
salmon, lala (kerang pun bole kot), tuna, mixed seafood, isi ketam,telur ikan (di panggil mentaiko), udang, isi ikan putih, ayam, daging cincang. if guna lala, tutup kuali sampai lala terbuka baru proceed next step. ayam etc pn, biar dia masak baru buat next step.

4. masukkan perasa. some salt dan black pepper. again sukatan bergantung. PERLU di ingatkan garam tak perlu secukup rasa. ada secubit dua dah cukup ya.

5. masukkan pasta. if kering masuk air rebusan sket.

6. masukkan steamed vege. gaul2, dah mesra bole tutup api.
7. senang kan?!

OK, variasi lain.

1. SUSU.
kalau nk bagi mcm ala2 creamy sket, lepas masuk pasta tu masukkan sedikit susu segar. tak perlu cooking cream pun still jadik.. (tapi kalau guna cooking cream lagi sedap hoi) ishh tambah lemak kang. susu segar jangan letak secawan, kembang pasta tu nanti. muak. agak2 bagi dia likat jadi cream aje dah.

2. TOMATO.
kalau nak jadikan creamy tomato, letak sesudu dua puree or sos tomato. jangan banyak nanti jadi bolognese pulak. Kita nak dia ada warna tomato sikit aje ya.. biar lekat sikit2 je kat susu.

3. LADA KERING.
Ini if nak pedas, masa tumis garlic tu masukkan sekali hirisan lada kering. kasi dia garing sama2. Memang power lah!

4. CHEESE.
konsep sama mcm susu. tapi selalunya saya akan guna both. mean susu banyak sikit, pastu tabur cheese serbuk sikit. Selalunya tabur parmesan cheese. tak banyak mana. kang lekat plak pasta tu. tak sedap.

OK, pasal sayur.
chef jepun (rancangan kat tv) pesan, bila rebus pasta tu..around 1 min before nak tos pasta, masukkan sayur2 dalam air rebusan pasta .. kasi dia wilted.lembut.
style rebus-tumpang. hehe.
pastu, tos skali pasta + sayur.
berkesan utk brokoli, kubis, spinach, etc. around 40sec - 1 min je rebus OK?!

OK, pasal garnishing.
1. tabur serbuk mozarella cheese.
2. tabur more black pepper.
3. tabur serbuk cili (dasat budak kecik tahan pedas!)
4. tabur serbuk basil.
5. tabur seaweed potong (nak letak sekeping pn tak ada hal).
6. tabur black olive. (kayaaa).. haha

ok, pick your choice.

OK, pasal jenis non-fry.
ada beberap jenis lagi pasta yg style rebus pasta je. pastu mixed dalam bowl, bole terus makan.

antara yg sesuai utk anak2 -
1. yang mixed avocado (bole search CREAMY AVOCADO PASTA)
2. yang pesto style. bole tanya lanjut ngan pakcik gugel ya. Panjang sangat post ni. Terliur nanti baca lama-lama.

Haha.
Ok, syok tau gilir2 makan pasta. Selain tukar selera, bole jugak jimatkan masa sebab pasta macamni selalunya all-in-one dish.

Awak suka yang bagaimana?

Bole share sekiranya bermanfaat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © ~::bits of our life::~